Hati seorang muslimah..Ya Allah,jadikan aku seteguh wanita solehah itu...
KEUNGGULAN MUKMINAH
Aku ingin menjadi
SITI KHADIJAH
menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fisabilillah
aku ingin sezuhud
FATIMAH
akur tanpa jelak setiap perintah
aku mengagumi dan mahukan
gedung ilmu
SITI AISHAH
aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
menggendong puteranya yang masih merahdi tanah padang pasir yang merekah
bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA
pun jiwaku ingin sekudus
RABIATUL ADAWIYAH
tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan bersatu dalam satu hati
lantas ku serah cinta ini
untuk yang MAHA MENGASIHI
pasrahku pada mennah perjuangan
bagai cekalnya hati
ZAINAB AL-GHAZALI
terluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi islam bukannya menyerah galang-gantinya
atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semulia
MARYAM JAMEELAH
berteman pena menongkah arus kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkannya
redhalah aku...redhalah aku
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang serikandi ummah
hanya kerana islam merindui
kemunculan peribadi
mukminah, muslimah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya pusara
MASYITAH
TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN
"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"....Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam......Amiinn ya Rabb.....
~Jom Tutup Aurat Dan Jaga Akhlak~
No comments:
Post a Comment